Latarbelakang


Kampung Binjai terletak di Mukim 11, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Kedudukannya yang begitu hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Airport) dan Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas telah menyebabkan kampung ini menghadapi tekanan akibat pembagunan yang begitu pesat. Namun demikian, Kampung Binjai masih lagi dapat bertahan dan mengekalkan ciri-ciri sebuah kampung tradisional. Adalah diharapkan agar ciri-ciri kampung tradisional ini akan terus berkekalan walaupun negara telah mencapai status negara maju menjelang 2020 nanti.

Rumah-rumah melayu tradisional dengan kawasan hijau

yang yang menyegarkan masih kekal

Pengekalan ciri-ciri tradisional tidak bermakna kampung ini akan ketinggalan dalam arus pembangunan negara yang sedang giat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Adalah menjadi hasrat dan impian penduduk agar kampung ini akan muncul sebagai sebuah kampung yang maju dari semua aspek. Usaha-usaha akan terus dilakukan untuk mempertingkatkan taraf hidup penduduk kampung ini agar dapat bersaing dengan penduduk-penduduk bandar.

Balik ke Muka Utama